Dalam kita menghitung hari untuk kita menyambut kemerdekaan, negara kita telah dihina oleh rakyat pendatang Indonesia kerana mereka menyatakan ketidakpuasan hati tehadap kita dengan terjadinya insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di sini telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera).Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai “hadiah” untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi “najis” yang lebih kotor kepada Indonesia.
Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.
Adakah kita sebagai rakyat Malaysia yang selama ini sangat baik hati membuat kebaikan terhadap rakyat mereka terpaksa menerima nasib sebegini dan haruskah kita dimalukan sehingga begini dan perlukah kita melihat saja hinaan-hinaan yang dari dulu lagi kita terima dari rakyat Indonesia yang tak sedarkan diri dengan kebaikan yang kita telah lakukan pada mereka.
Anda fikir-fikirkanlah...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua rakyat Malaysia. Ok Bye2 semua...
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010