TraderFM

Khamis, Ogos 18, 2011

Dunia kini,,

Kenapa ye dunia sekarang pelik dan betul2 menghairankan aku? Aku x faham kenapa manusia tak reti nak memahami dan menghargai manusia yang lain?? kenapa x pandai berfikir tentang perasaan dan juga hati manusia lain yang betul2 menghargai dan menyayangi kita? Adakah kita akan menghargai pengorbanan dan kebaikan manusia lain terhadap kita lepas dorang dah mati?? Adakah bila jasad dah memasuki liang lahad baru kita nak hargai seseorang tu??

Kadang-kadang kita ni lupa yang seseorang yang rapat dengan kita ni dah buat macam-macam sama ada kita tahu atau pun tidak. Kadang-kadang kita selalu saja tinggalkan orang yang baik dengan kita bila dia dalam kesusahan dan kesedihan dan tak pernah kita pedulikannya bila dia dalam keadaan yang susah atau sedih. Ada kita pernah bertanya tentang keadaannya senang atau susah?? bila dia senang kita selalu ada disamping dia. bila dia susah mesti kita lari daripadanya. Dia bukanlah nak kita ni bersusah payah untuk dia tapi cukup bagi dia sekadar kita sentiasa bersamanya dan jika tidak pun dah cukup kita bertanyakan keadaannya saja. Itu pun dah buat mereka rasa dihargai dan disayangi dan boleh kuatkan semangat mereka.

Adakah kita ni terlalu pentingkan diri kita saja?? Asyik fikirkan perasaan kita saja. Asyik mencari salah mereka dan tak pernah sedar tentang diri salah dan kecuaian diri kita sendiri dan betapa susahnya mereka nak mengambil hati kita dengan usaha yang mereka telah lakukan tapi kita tak pernah nak hargai semua tu. Memang malang nasib kita sebab kita selagi kita tak sedar dan menghargai diri mereka sebab jika ditakdirkan kita berpisah dengan mereka nanti kita akan mula merasa kehilangan yang amat sangat dan pada masa tu menangis air mata darah sekalipun xde gunanya. Masa tu baru la kita akan sedar betapa mereka tu benar-benar penting dan banyak berjasa pada kita.

Kadang-kadang aku pelik sebab manusia ni selalu lupa yang kita ni hidup dengan manusia yang lain. Kita selalu asyik fikirkan tentang diri kita ni. Asyik mengadu yang mereka itu mereka ini tapi tak pernah pulak mengadu kita itu kita ini.Salah mereka kita selalu nampak dan kita tak pernah nampak pulak salah kita. Pernah kita bertanya dengan diri kita berapa banyak dah kita sakitkan hati mereka? Pernah kita tanya berapa kerap kita ambil berat pasal mereka? Pernah kita tanya apa kesusahan yang mereka terpaksa harungi hanya sebab kita?? Jawapannya adalah TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang kita tau hanya bertanyakan Mana? Bila? dan Kenapa? je.

Mungkin inilah lumrah manusia zaman sekarang, bak kata pepatah Kuman diseberang nampak, Gajah di depan mata x nampak. Itulah yang terjadi dikalangan manusia yang tak kenang budi zaman sekarang. Apa-apa pun aku harap korang yang baca ni xde la yang macam aku tulis kalau ada korang berubah la ye. Pesanan ni bukan untuk korang je tapi untuk mengingatkan aku jugak. Apa-apa pun hargailah manusia-manusia disekeliling kamu terutama yang begitu ikhlas baik dengan korang. Ok la itu je entry kali ni bye..


© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!