Pengalaman bersamanya memang indah pada mulanya. Sekarang selepas berpisah lagi ia menyakitkan hati ini. Tidakkah dia sedar yang kami tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan selain hubungan sahabat. Aku kini didalam dilemma dimana sahabat yang aku kenal hampir 2 tahun memakan dan menikam aku daripada belakang. Selama ini aku sentiasa menganggap dia adalah kawan aku dan dia takkan mengkianati diri ini tapi sangkaan aku terhadapnya ternyata hanya impiam palsu. Mungkin hanya aku yang menggangap dia adalah kawan tetapi dia tidak pernah berfikir seperti aku. Apa yang penting baginya hanyalah keseronokan yang dia akan dapat dalam mempermainkan perasaan orang. Pada dia yang pernah aku kasihi pula aku rasakan kesian kerana aku takut akibat yang akan di tanggung dek leka dan termakan pujuk rayu lelaki. Aku cuba selamatkan dia dari lelaki durjana tapi dia sendiri yang mahu masuk ke dalam lubang perangkap yang sudah besar-besar ada di hadapan matanya. Ingin saja aku biarkan dia dengan ego bodohnya itu tapi bila difikirkan kembali apa yang pernah aku lalui bersamanya aku tak dapat buat seperti itu. Aku tak cintakan dia lagi tapi aku tak mahu orang yang aku anggap kawan merosakkan orang yng pernah aku sayang dan cinta dulu. Sekarang aku betul-betul dalam dilemma.
Aku serahkan semuanya pada Tuhan yang maha berkuasa. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada dia dan aku. Aku rasa cukup lah kisah tentang aku. Aku harap yang korang semua boleh ambil pengajaran dengan apa yang aku ceritakan ini. Aku sekarang tak kisah pun dengan dia sangat sebab aku dah ada seseorang yang perlu aku berikan perhatian. Aku just harapkan yang segala-galanya akan berjalan dengan baik untuk aku dan semua orang di sekeliling aku… nanti segala perkembangan akan aku ceritakan kat blog ni lagi… sekian..
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010