TraderFM

Rabu, April 21, 2010

I love U...Mak...



Mak...budi dan jasa pengorbananmu tidak ternilai,
Mak...segala yang kau lakukan sungguh tidak aku sangka,
Mak...kau ibu terbaik...kaulah sebaik-baik ibu buat ku,
pastinya kau tidak akan ada gantinya...,
sentuhan mu yang aku dapat rasa sejak kecil,
memberikan aku kekuatan untuk membesar dengan baik..,

kau sudah melakukan yang terbaik untukku,
kau sanggup korbankan masa mu demi anak-anakmu,
kau sanggup berikan jiwamu demi kami,
engkau lah ibuku...aku bangga kau menjadi ibuku,
aku bangga punya ibu sepertimu,

aku tau jasamu takkan boleh aku bayar,
walupun dengan berjuta ringgit,
keihlasan dan kesungguhanmu itu tidak akan dapat aku beli dimana-mana,
kau menyayangi kami lebih dari diri mu,
kau pasti tunaikan permintaan kami,
walaupun kau susah namun kau mahu lihat kami senang,

Mak...jiwa ini pasti sayu melihat wajah mu...
Mak...hati ini pasti tersentuh melihat dirimu,
Mak...sesungguhnya aku mahu kau tahu,
anakmu ini menyayangimu....
kau ibu terbaik...kau takkan ada pengganti...
I love you MUM...Love you so much...
THANKS MUM....

from your son...KRULHAZ-ONES


© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Selasa, April 20, 2010

Luahan rasa

tension betul...aku ni memang manusia yang tak berguna...selalu je susahkan orang lain dengan kerenah dan sifat keras kepala aku...aku mmg tak layak untuk menerima kasih sayang... aku selalu ikut kepala aku sendiri bila buat sesuatu... tak pernah aku pikirkan pasal org lain...bodoh betul aku ni...memang tak berguna langsung aku dalam dunia ni...tension...aku selalu je susah dari kecil lagi..aku x pernah rasa betul2 senang dan bertuah...ada je ujian yang datang dalam hidup aku ni...macam2 benda aku diuji...kenapa aku yang patut menerima semua ini....Ya ALLAH, kenapa kau uji aku seperti ini...aku tau akulah hampa yang paling hina di sisi mu...tapi, adakah aku dan keluarga ku tidak layak utk hidup senang mcm org lain...sentiasa bahagia dan gembira..Ya ALLAH, kau berikanlah kesenangan kepada ku dunia dan akhirat..kalaupun dah memang suratan takdir menyatakan yang hidupku seperti ini aku redha...tapi kau biarlah keluargaku terutamanya ibu dan ayahku hidup senang dunia dan akhirat...biarlah aku yg menanggung kesusahan ini...aku mohon padamu ya ALLAH agar berikan aku kekuatan dan kesenangan kepada ku dalam menempuh segala ujianmu ini...amin...

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Isnin, April 19, 2010

Holiday with my family








ini adalah sebahagian gambar-gambar percutian family aku ke Lost world of Tambun, ipoh pada 20 haribulan 6 tahun 2009 yang lalu...time ni aku dapat merasa bagaimana rasanya happy go lucky dengan family sendiri...selalu aku kuar happy2 ngan kwn2 je... memang terharu la...huhuhu...ok la moga peristiwa mcm ni akan selalu berlaku lagi kelak... ok... huhu

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Kenangan lama





di sini aku postkan gambar kenangan-kenangan lama yang berada dalam simpanan aku...moga kenangan ni akan tetap selamanya..huhu

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

rakan-rakan seperjuangan...



gambar ni adalah gmbr rakan-rakan yg i kenal daripada semester 1 lagi...walaupun ak tak rapat sangat dengan dorang tapi diorg tetap kwn2 yang akan aku kenang sampai bile2.. pada aku walaupun mcm-mcm yang terjadi antara kami aku dah lupakan dah.. kenangan bersama dorg akan aku gengam sampai mati... blog ni menjadi saksi..semoga dorg dapat maafkan aku sekiranya aku pernah buat salah dengan dorg... kawan-kawan, aku mohon maaf jika aku bersalah... jgn lupakan aku ye... ok la...nanti aku nangis plak...huhu..sekian..


© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Ahad, April 18, 2010

Dinner of B.A.S KU 2010







© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Dinner of B.A.S KU 2010

 Hai... sekarang ni saya nak bercerita plak tentang acara yang saya ikuti semalam iaitu pada tanggal 17 april 2010. Majlis makan malam anjuran B.A.S KU di Bayu Beach Resort Port Dickson. Makan malam itu bertemakan Colour of B.A.S KU. Bermula pada jam 9 malam setelah menantikan kehadiran para jemputan. Majlis di teruskan lagi dengan ucapan pengarah program, Hidayah Zahar dan disusuli dengan ucapan penasihat B.A.S KU, En. Ishrak. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara utama tak lain tak bukan makan la... time ni la semua yamg kelaparan menjamu selera ala hidangan hotel...huhuhu... Lepas makan je acara mengenakan orang berlangsung...banyak gak la kwn yang kene kotak beracun. Pensyarah yang datang pun kene gak...kesian...

 Banyak gak la acara yang menyerikan majlis yang mula-mula bosan tu... riuh la jadinya dewan makan tu... untuk mengakhiri majlis makan malam tu...pelajar-pelajar perempuan semester 5 dengan tulus hati mempersembahkan persembahan mereka khas buat pelajar semester 6 yang bakal menamatkan pengajian dorang... menitis-nitis air mata dorang yang buat persembahan mengalahkan orang yang diraikan tu...pelik betul tgk dorang...hehehe...tapi ok la...

Ape-ape pun yang penting aku tetap mcm biasa je kat dinner tu... ok la... nanti aku sertakan gambar aku time dinner...untuk kenangan bersama...hehehe sekian...

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Selasa, April 13, 2010


           


                      






© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

Jiwaku kini dimiliki

Waa... best betul skang ni sebab aku dah ada yang jaga..hehehe.. jiwa parah dulu kini dah di ubati... walaupun baru nak kenal hati budi masing2 tapi takpe itulah saat yang paling menarik dalam perhubungan..ape2 pun harap2 ianya kekal lama...huhuhu....

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

VIDEO SESI LATIHAN KUMPULAN PURNAMA

INI ADALAH VIDEO RAKAMAN SESI LATIHAN KUMPULAN PURNAMA.
KLIK LINK DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN FAIL VIDEO RAKAMAN TERSEBUT.

DOWNLOAD FILE

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010

DAH NAK FINAL

Lama tak update blog ni.. skang ni aku dah nak final.. tension betul nak exam ni... kalau lah dunia xde exam mesti best hidup ni.. ape2 pun hidup kene diteruskan.. nak xnak kene lalui semua ni.. ni la hidupkan.. kadang-kadang hidup kat dunia ni tak sebebas yang kte sangka, kita terikat dengan peraturan dan undang-undang manusia yang tak betul dan tak waras tapi kita terpaksa jugak follow demi nak teruskan hidup.. ok la ini je kot utk time ni.. ape2 pun aku tak sabar nak blik penang hujung minggu ni.. walaupun sekejap tapi takpe janji aku puas dapat lepaskan rindu aku kat family n kwn2 kat penang nanti... hehehe.. ok la bye..



ni aku postkan gambar trade mark aku...hehehe


© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!