Hai... sekarang ni saya nak bercerita plak tentang acara yang saya ikuti semalam iaitu pada tanggal 17 april 2010. Majlis makan malam anjuran B.A.S KU di Bayu Beach Resort Port Dickson. Makan malam itu bertemakan Colour of B.A.S KU. Bermula pada jam 9 malam setelah menantikan kehadiran para jemputan. Majlis di teruskan lagi dengan ucapan pengarah program, Hidayah Zahar dan disusuli dengan ucapan penasihat B.A.S KU, En. Ishrak. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara utama tak lain tak bukan makan la... time ni la semua yamg kelaparan menjamu selera ala hidangan hotel...huhuhu... Lepas makan je acara mengenakan orang berlangsung...banyak gak la kwn yang kene kotak beracun. Pensyarah yang datang pun kene gak...kesian...
Banyak gak la acara yang menyerikan majlis yang mula-mula bosan tu... riuh la jadinya dewan makan tu... untuk mengakhiri majlis makan malam tu...pelajar-pelajar perempuan semester 5 dengan tulus hati mempersembahkan persembahan mereka khas buat pelajar semester 6 yang bakal menamatkan pengajian dorang... menitis-nitis air mata dorang yang buat persembahan mengalahkan orang yang diraikan tu...pelik betul tgk dorang...hehehe...tapi ok la...
Ape-ape pun yang penting aku tetap mcm biasa je kat dinner tu... ok la... nanti aku sertakan gambar aku time dinner...untuk kenangan bersama...hehehe sekian...
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010