sejak dari mula saat kita bertentang mata, ku lihat wajahmu yang ayu menemaniku, sejak dari saat mula perkenalan kita, kau terlalu baik untuk ku, sejak mula aku kenali kau, aku amat sayangkan kau. bagi diriku kaulah segalanya untuk diri ini. engkau sudah banyak berkorban dan berjasa kepada diri ku. sehingga kini pun pengorbanan dirimu tidak berhenti untuk ku. sifatmu yang amat menyayangi diriku itu telah membuatkan aku selalu merinduimu. sifat dirimu yang sentiasa mengambil berat padaku membuatkan aku menjadikan kau pujaan hati ini. jika aku diberi pilihan antara dirimu dan wang berjuta-juta ringgit engkaulah menjadi pilihan ku. wang boleh ku cari tetapi dirimu seorang takkan dapat ku cari ganti kerana engkau lah kekasih hatiku dunia dan akhirat. kau lah pilihan hati ini yang pertama diantara semua. semuanya kerana kau lah Ibu yang mengandungkan diriku, kerana kaulah Ibu yang menjaga dan mendidik aku sehingga aku menjadi dewasa.. Wan sayangkan Mak sangat-sangat...dirimu takkan dapat ku cari ganti...Selamat Hri Ibu buat Ibundaku yang tercinta Puan Mariyani Binti Nawawi...I love U mum...
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ |2010