TraderFM

Rabu, September 22, 2010

Hehe..cuti raya dah habis...

Ermm.. skang ni cuti raya dah habis. Dah mulala kehidupan daku sebagai seorang student kembali.. Cuti raya hari tu memang ok la...Dapat gak plan aku ngan kawan-kwan aku nak g kelantan. Tercapai gak la hasrat kami nak ke sana melawat cikgu kteorang yang dah lama pindah dari penang ke kelantan. Dia memang terkejut la kteorang dapat sampai depan umah dia tbe-tbe..huhuhu...

Tapi ape yg menjadi pengalaman aku adalah bila birthday aku disambut dua kali..Hehehe..mula2 aku sambut kat penang bersama famliy aku pastu dapat plak kejutan from my love. Boleh plak dia buat surprise party untuk aku. Pergh.. tak pernah2 aku kene mcam tu..X pernah aku sambut birthday aku ngan sapa-sapa untuk 20 tahun lepas tapi 4 21 tahun ni ade plak orang nak sambut. Thanks sangat2 kat Kekasih aku yang merancang semuanya...

Ermm bila balik dari cuti raya ni mmg giler la. Dah nak start exam plak..bosan betul..pasni mula aku bz sebab asignment mendatang mnanti aku untuk disiapkan...pergh...mampus aku...pastu dah start plak final exam n tamat la pengajian aku kat Kolej UNITI ni...Aku harap sangat semua subjek yang aku amik lulus dan tak perlulah aku merepeat lagi...Penat nak sambung lagi. aku nak terus keje je lepas habis final...dah tak larat lagi bergantung kat orang lain untuk hidup. Biar la ku cari duit sendiri untuk membantu orang lain pulak..huhu...Doakan aku ye kawan-kawan...

Ermm setakat ni je kot bebelan aku untuk entry kali ni..pasni aku bebel lagi ye..huhu... Aku selitkan sikit gambar aku ngan kawan-kawan aku masa g kelantan hari tu.. Ape2 pun take care semua..Selamat Hari Raya.. bye2..









ok jumpe lagi nanti..huhu..bye2...

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Isnin, September 06, 2010

Raya, Raya, Raya



Ape pengertian raya bg korang? Adakah korg rasa raya ni istimewa daripada hari-hari yang lain? Seronok ke raya ni? Macam-macam kita rasa dan alami bila sebut pasal raya nikan...masing-masing ada je pengalaman dan ingatan dan juga kenangan tentang raya. Bila kita nak raya ni kita kene la puasa dulu..betul x? Korang puasa cukup ke? kalo tak raya x boleh tau...hehehe...

Raya ni banyak maknanya pada kita... Pada yang kurang pasti dia akan merasakan yang kesedihan sebab x mampu nak beraya macam orang lain. Pada yang lebih plak jangan la lebih2 sangat. Raya ni bukan hari untuk membazir tapi hari untuk meraikan kemenangan kita selepas kita berpuasa selama 1 bulan. Bukan saja berpuasa menahan lapar dan dahaga malah berpuasa nafsu dan segala yang x baik... Dalam bulan puasa ni la jugak kita sebagai umat islam berlumba-lumba mencari pahala dengan membuat amal kebajikan dan amal ibadah...

Bila raya ni kita dah kembali ke asal kita. jadi ambillah iktibar dan buat la macam mana yang kita dah buat dalam bulan puasa tu.. Jangan tinggalkan apa yang baik ye...tinggalkan ape yng tak baik...itu yang sepatutnya...ermmm..
hehehehe...saya bukanlah baik sangat anggap jela yang hasil tulisan saya ni untuk mengingatkan diri saya dan jugak anda semua...moga apa yang baik-baik saja akan mendekati kita...ermm sebelum saya menghabiskan entry saya kali ni, saya nak memohon ampun dan maaf sekiranya entry2 saya sebelum ni menyinggung perasaan anda dan dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat islam di malaysia dan dimana jua anda berada. Pada yang nak pulang ke kampung tu hati-hati la ye..Ingat oarang yang tersayang...

OK LA BYE-BYE SEMUA...ASSALAMMUALAIKUM....

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Khamis, September 02, 2010

Selamat Hari Raya untuk semua...


© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!