TraderFM

Isnin, September 06, 2010

Raya, Raya, Raya



Ape pengertian raya bg korang? Adakah korg rasa raya ni istimewa daripada hari-hari yang lain? Seronok ke raya ni? Macam-macam kita rasa dan alami bila sebut pasal raya nikan...masing-masing ada je pengalaman dan ingatan dan juga kenangan tentang raya. Bila kita nak raya ni kita kene la puasa dulu..betul x? Korang puasa cukup ke? kalo tak raya x boleh tau...hehehe...

Raya ni banyak maknanya pada kita... Pada yang kurang pasti dia akan merasakan yang kesedihan sebab x mampu nak beraya macam orang lain. Pada yang lebih plak jangan la lebih2 sangat. Raya ni bukan hari untuk membazir tapi hari untuk meraikan kemenangan kita selepas kita berpuasa selama 1 bulan. Bukan saja berpuasa menahan lapar dan dahaga malah berpuasa nafsu dan segala yang x baik... Dalam bulan puasa ni la jugak kita sebagai umat islam berlumba-lumba mencari pahala dengan membuat amal kebajikan dan amal ibadah...

Bila raya ni kita dah kembali ke asal kita. jadi ambillah iktibar dan buat la macam mana yang kita dah buat dalam bulan puasa tu.. Jangan tinggalkan apa yang baik ye...tinggalkan ape yng tak baik...itu yang sepatutnya...ermmm..
hehehehe...saya bukanlah baik sangat anggap jela yang hasil tulisan saya ni untuk mengingatkan diri saya dan jugak anda semua...moga apa yang baik-baik saja akan mendekati kita...ermm sebelum saya menghabiskan entry saya kali ni, saya nak memohon ampun dan maaf sekiranya entry2 saya sebelum ni menyinggung perasaan anda dan dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat islam di malaysia dan dimana jua anda berada. Pada yang nak pulang ke kampung tu hati-hati la ye..Ingat oarang yang tersayang...

OK LA BYE-BYE SEMUA...ASSALAMMUALAIKUM....

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!