TraderFM

Khamis, Disember 30, 2010

Aku merapu lagi...

Hai semua..ermm skang ni alhamdulillah la hubungan aku dengan dia makin pulih seperti sedia kala. Aku harap hubungan aku dengan dia akan terus manjadi baik sampai bila-bila. Ha..masa aku ngah post ni seluruh kawasan rumah aku takde air. Sebenarnya dari semalam lagi (29.12.2010) takde air tapi semalam tu xde la kritikal sangat xde airnya sebab dah buat persediaan awal untuk 1 hari seperti mana yang PBA Penang maklumkan tapi entah kenapa masalah xde air melarat sampai hari ni tak tau la...Baru kejap tadi je aku g angkut air kat bawah umah..Penat tu macam nak path pinggang dibuatnya. Kena angkat air dari tingkat bawah sampai tingkat 3 tu...

Ahad, Disember 26, 2010

Berikan aku peluang..

Sayang..mencintai kau bukanlah apa yang aku jangkakan..Namun Allah ada perancangannya sendiri..Mungkin sebab itu kau dan aku ditemukan..Perasaan kau bukan senang untuk diceroboh lagi...Tapi kau dah buat aku mencintai kau.. dan bila aku dah mula mencintai seseorang aku kan terus mencintai dia sepenuh hati ku...Begitulah cintaku pada mu sayang.. Aku tau dalam perhubungan ada pasang surutnya..Namun apa yang aku mahu ialah terus memahami kau terus mencintai kau dan terus menyayangimu selamamnya dan terus berharap kau akan menjadi jodohku dan akan menemani daku sehingga aku pergi dari dunia ini.

Ahad, Disember 19, 2010

Huhu Ada Sua Rasa...


Hai semua, kali ni aku nak cerita la apa yang aku rasa sekarang ni.. Pada 18 dan 19 disember 2010 di Queenbay Mall Penang diadakan Karnival Sua Rasa buat pertama kalinya di Penang dan in merupakan edisi pertama Sua Rasa di Penang. Aku ada gak la g sana mula-mula diadakan iaitu pada 18 disember. Boleh la gembaqnya event tu tapi apa yang penting aku tak enjay sgt sebb aku g ngan family aku sambil aku ngah ada dilema. Dilema apa aku malas nak bagi tau. Artis yang datang pun xde la ramai sangat or time aku g tu dorg ngah rehat kot..entahlah..

Rabu, Disember 15, 2010

Sayang ..Kenapa?

Sayang kenapa?? Kenapa u tak angkat call i?? kenapa u tak reply mesej i?? Kenapa sayang?? hinakah diri ini sampai kau sanggup seksa aku sebegini?? Sayang kalau u nak seksa i, u dah berjaya. U dah buat i terseksa sayang...U dah buat i merana sekarang ni sebab i tak boleh dengar suara u sampai i ni macam orang gila. Hidup i dah tak stabil lagi..dah tak tentu arah...arghhh...Sayang kembali la...

Kenapa?

Hari ni aku dapat lihat dalam blog kekasih yang aku sayang. Post yang betul-betul buat aku rasa macam aku ni tak guna. Aku rasa macam aku ni bukan pakwe dia je. Kenapa sampai sekarang pun dia masih ingat kenangan dia dengan pakwe lama dia?? Ingatan dia kat laki tu sampai buat kteorang gaduh. Dia dah tak nak angkat call aku. Dia dah mula sembunyikan sesuatu dari aku. Kenapa perlu dia ingat pasal jantan tu lagi sedangkan aku dah hampir 9 bulan bersama dia?? Aku tau jantan tu lagi lama bersama dia. Aku tau laki tu kekasih pertama dia. Tapi kenapa perlu aku yang menjadi mangsa?? Kenapa dia fikir perasaan aku bila baca blog dia?? Aku dapat rasa macam aku ni xde langsung dihati dia bila dia fikirkan jantan tu.

Sayang, kenapa u sanggup buat macam ni pada i?? pernah ke i berlaku curang pada u? pernah ke i mempermainkan perasaan u? pernah ke u fikir perasaan i pada u? Kenapa perlu u ingatkan lagi dia?? Kenapa?? U dah janji akn buang dia dari diri u..tapi kenapa u masih ingatkan dia lagi? I tau i jauh dari u. I tau i tak selalu disamping u. I tau kita hanya sesekali berjumpa dengan u tapi sayang, kasih sayang i pada u bukan main-main tapi ia adalah benar. I bukan bercinta untuk seronok tetapi i nak mencari kebahgiaan.

Kenapa sayang?? U tak boleh merasakan kebahagian bila bersama i ke?? U tak boleh rasa happy bila bersama i ke? Atau u dah bosan bersama i?? Sayang i tau i tak sempurna. I tau i tak cukup baik untuk u tapi keihlasan dan kasih sayang i hanya untuk u. Kalau i tak boleh bahagiakan u i minta maaf. I mohon sejuta kemaafan pada u. I masih sayangkan u. I masih sayangkan hubungan kita. I dah beri masa pada u untuk melupakan dia. Berapa lama lagi yang u nak untuk itu sayang?? Berapa lama?? I masih boleh menanti dan menunggu untuk i dapat seluruh kasih sayang dan cinta u untuk i. dan i harap bila tiba saat macam tu dia takde lagi di hati u walaupun secebis.

I bukan zalim. I bukan pentingkan diri tapi i sayang pada u. I nak u sentiasa happy dan gembira selalu. I nak apa yang kita fikir dan rancang akan menjadi realiti bukan hanya sekadar angan-angan sahaja. tapi sekiranya hati u masih bukan milik i macam mana i nak jadikanya realiti. Haruskan kita hidup dengan pengalaman lampau yang boleh merosakkan hidup dan diri kita sendiri?? Sayang fikirlah sehabisnya dan buatlah keputusan  sama ada u boleh berikan i seluruh hati u pada i atau tidak. I tak mahu u menyiksa diri sendiri hanya kerana nak tengok org lain bahagia. U ada hak sayang. Pilihlah. Kalau ikutkan hati i, i xkan lepaskan u. I xnak tau apa yang jadi pada masa lampau u. I xnak tau. Apa yang i perlu tau adalah hati u pada i waktu sekarang. Itu sahaja.

I harap u faham sayang. I sentiasa berdoa agar kita dapat bersama satu masa nanti. I harap doa i akan dimakbulkan oleh Yang Esa. I love u sayang.

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Akan Ku Nanti Dikau.....Sayang..

Seketika aku bertemu kau
Hati ku mula terpaut pada dirimu
Ku lafazkan kata cinta
Ku menangi hatimu

Mulanya aku dalam kekeliruan
Namun kini aku tau siapa kau di hatiku
Aku mula menjadikan saat mencintaimu
Menjadi tugasan harianku

Setiap saat aku bernafas
Hanya untuk bersama kau
Setiap detik aku berdiri
Hanya untuk memiliki kau

Hati dan perasaanku
Kuserahkan semuanya pada kau
Hanya kerana aku mahu kau bersamaku
Hanya kerana aku mahu kau mengingatiku

Sayang oh sayang
Cinta ku tak pernah setulus ini
Sayang oh sayang
Perasaanku tak pernah sebegini

Akan aku fahami
Jika hati mu bukan untukku
Tapi aku berharap 
Akan aku miliki cintamu 
Untuk selama-lamanya

Ambil masa mu
Kerna aku sanggup tunggu
Walau setahun atau seribu 
Kerana ku tahu
Cintaku padamu 
Tak pernah berubah
Sayangku padamu
Tak akan boleh diubah...

Akan Ku Nanti Dikau....Sayang..

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Sabtu, Disember 11, 2010

Harapanku

Aku harap ape yang berlaku padaku tidak akna terjadi pada orang lain. Biarlah aku saja yang merasa derita dan dugaan ini. Ya Allah semoga kau permudahkan perjalanan hidup aku selepas ini. Biarlah apa yang akan terjadi ini memberi kebaikan kepada semuanya...Amin.

© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Jumaat, Disember 10, 2010

Inikah dugaan aku??

Ermm kenapalah aku yang harus terima semua ni?? Ermm sekarang ni saat yang mendebarkan bagi semua pelajar-pelajar UiTM sebab result telah pun keluar..Pada yang bukan last semester maybe kalo jadi ape2 dorg masih tak risau tapi bg org yang dah final semester mcm aku ni benda ni adalah nightmare aku.. Lepas je habis exam mmg aku dah pk mcm2 pasal result yang akan aku terima. Bila result kuar je Nah amik kau!! Pedebuk hati ini tersentak dan terhenti. Air mata tbe2 mengalir bak hujan. Arrgghhh...KRUL NI LAH SURATAN UNTUK KAU. KAU HARUS MENERIMANYA. KAU KENE KUAT KRUL.MASIH ADA JALAN PENYELESAIANNYA KRUL. KAU MASIH BOLEH JADI YANG TERBAIK LAGI.

Ermmm.. Sekarang ni hanya menghitung hari dan masa saja. Moga aku dapat buat yang terbaik nanti.

Apa pun yg terjadi hanya aku saja yang tau perasaan aku bila tgk result aku. Biarlah  ianya menjadi rahsia aku dan diri ini...Semoga ALLAH menunaikan segala permintaan aku. Hanya Dia yang tau rahsia disebalik ketentuanNya. Aku bersyukur pada Mu yang ALLAH. Aku redha di atas ketentuan MU ya ALLAH.
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010

Jumaat, Disember 03, 2010

Sayang fahamilah aku

Sayang, tak pernah aku pinta padamu harta bertimbun dan tak aku pinta jua 168 jam seminggu untuk aku saja, apa yang aku minta ialah hati dan kepercayaanmu terhadapku? Apa salahku? Mengapa aku perlu menjadi mangsa hanya kerana lelaki-lelaki bodo yang telah membuat kau kecewa? Aku bukan seperti mereka! Aku tak sama seperti mereka! Aku telah dilukai berkali-kali! tapi aku bukan pembalas dendam. Aku bukan seperti itu. Selama ini apa yang aku cari adalah cinta sejati yang kekal abadi. Kau ada ego? Aku jua sayang, tapi bagi aku semua itu perlu aku buang bagi mendapatkan sekelumit cinta yang akan mekar hingga ke akhir nafaz ku. Itu saja pintaku sayang hanya itu. Kepercayaan dan kejujuran kau. Hayati lirik lagu ini sayang. Itulah diriku sebenarnya. Hanya itu yang ku mahu sayang. HANYA ITU!! Berikanlah hatimu sepenuhnya padaku. Aku perlukannya sayang. Aku mahukannya. Tolong lah sayang. Buanglah ego yang hanya akan memakan hatimu itu. Buang dia jauh dari diri dan hati kau! Lemparkannya! Pijak dan hancurkannya sebelum dia hancurkan hatimu lagi. 

Aku menyayangi mu sayang. Love you..Love you...


Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku 
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi…
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku






© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!