Hari ni aku dapat lihat dalam blog kekasih yang aku sayang. Post yang betul-betul buat aku rasa macam aku ni tak guna. Aku rasa macam aku ni bukan pakwe dia je. Kenapa sampai sekarang pun dia masih ingat kenangan dia dengan pakwe lama dia?? Ingatan dia kat laki tu sampai buat kteorang gaduh. Dia dah tak nak angkat call aku. Dia dah mula sembunyikan sesuatu dari aku. Kenapa perlu dia ingat pasal jantan tu lagi sedangkan aku dah hampir 9 bulan bersama dia?? Aku tau jantan tu lagi lama bersama dia. Aku tau laki tu kekasih pertama dia. Tapi kenapa perlu aku yang menjadi mangsa?? Kenapa dia fikir perasaan aku bila baca blog dia?? Aku dapat rasa macam aku ni xde langsung dihati dia bila dia fikirkan jantan tu.
Sayang, kenapa u sanggup buat macam ni pada i?? pernah ke i berlaku curang pada u? pernah ke i mempermainkan perasaan u? pernah ke u fikir perasaan i pada u? Kenapa perlu u ingatkan lagi dia?? Kenapa?? U dah janji akn buang dia dari diri u..tapi kenapa u masih ingatkan dia lagi? I tau i jauh dari u. I tau i tak selalu disamping u. I tau kita hanya sesekali berjumpa dengan u tapi sayang, kasih sayang i pada u bukan main-main tapi ia adalah benar. I bukan bercinta untuk seronok tetapi i nak mencari kebahgiaan.
Kenapa sayang?? U tak boleh merasakan kebahagian bila bersama i ke?? U tak boleh rasa happy bila bersama i ke? Atau u dah bosan bersama i?? Sayang i tau i tak sempurna. I tau i tak cukup baik untuk u tapi keihlasan dan kasih sayang i hanya untuk u. Kalau i tak boleh bahagiakan u i minta maaf. I mohon sejuta kemaafan pada u. I masih sayangkan u. I masih sayangkan hubungan kita. I dah beri masa pada u untuk melupakan dia. Berapa lama lagi yang u nak untuk itu sayang?? Berapa lama?? I masih boleh menanti dan menunggu untuk i dapat seluruh kasih sayang dan cinta u untuk i. dan i harap bila tiba saat macam tu dia takde lagi di hati u walaupun secebis.
I bukan zalim. I bukan pentingkan diri tapi i sayang pada u. I nak u sentiasa happy dan gembira selalu. I nak apa yang kita fikir dan rancang akan menjadi realiti bukan hanya sekadar angan-angan sahaja. tapi sekiranya hati u masih bukan milik i macam mana i nak jadikanya realiti. Haruskan kita hidup dengan pengalaman lampau yang boleh merosakkan hidup dan diri kita sendiri?? Sayang fikirlah sehabisnya dan buatlah keputusan sama ada u boleh berikan i seluruh hati u pada i atau tidak. I tak mahu u menyiksa diri sendiri hanya kerana nak tengok org lain bahagia. U ada hak sayang. Pilihlah. Kalau ikutkan hati i, i xkan lepaskan u. I xnak tau apa yang jadi pada masa lampau u. I xnak tau. Apa yang i perlu tau adalah hati u pada i waktu sekarang. Itu sahaja.
I harap u faham sayang. I sentiasa berdoa agar kita dapat bersama satu masa nanti. I harap doa i akan dimakbulkan oleh Yang Esa. I love u sayang.
© Copyright KRUL HAZ-ONES™ | 2010