TraderFM

Jumaat, Julai 15, 2011

Ujian untukku

Sekarang ni aku benar-benar dalam keadaan buntu dan serabut. Macam-macam hal yg terjadi pada aku. Aku tau aku banyak melakukan dosa tapi mengapakah aku terpaksa mengharungi kedaan yg sebegini? adakah akan ada hal yang baik akan menjelma selepas ini? adakah aku mampu mengharungi dugaan dan ujian ini?

Aku sedih walaupun aku sudah habis belajar tapi aku masih belum dapat kerja yang baik dan yang mampu menjamin masa depan aku dan juga adapat membantu ibu dan ayahku.. Apa yang aku harapkan akan ada sesuatu yang akan merubah kehidupan aku. Aku yakin dan pasti satu masa nanti aku akan berjaya.

Aku harap akan ada keajaiban yang terjadi dan terus merubah kehidupan aku nanti. Korang doakn aku ye.. Doakan aku supaya aku dapat mengharungi semua ini dengan cepat. Thanks pada mereka yang banyak menyokong dan membantu aku selama aku dalam kesusahan..


© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011

Selasa, Julai 05, 2011

Baru je semlm..:(

Baru je smlm aku postkan pasal keluhan aku pasal kerja dan hidup aku, hari ni aku diberitahu yg aku terpaksa digantung kerja disebabkan tiada offer letter. Memang aku rasa trus drop giler bila dengar pulak dari manusia yg aku semakin benci. Memang hina sangat ke aku ni sampai kerja dekat koperasi bodo pun aku x dapat..?? Ya ALLAH dugaan apa yg KAU cuba bagi pada aku ni?? Sampai begini sekali KAU uji aku?? Aku benar-benar rasa drop sangat sebabkn benda ni. Aku nak cari kerja lain pulak susah. Memang aku berterima kasih pada makwe n kwn rapat aku kat sni tapi apa yg boleh aku buat hanya lah mencari dan terus mencari sambil menunggu keajaiban berlaku..Kononnya..

Aku serius ckp yg aku dah rasa benci dengan hidup mcm ni.. serius, hidup mcm ni mmg terseksa. apa yg aku rancang semuanya x jadi dan makin bertambah teruk pulak. Apa yg terjadi pada hidup aku aku sendiri tak tau. Sekarang ni aku dah buntu dan terus buntu. Aku nak cari kerja mmg boleh tapi aku mmg perlukan kenderaan sekarang ni.. serius ckp aku mmang dalam keadaan tekanan skang ni..

Ya ALLAH, andai kata KAU nak menguji aku akan aku terimanya dengan tabah dan rela tapi berilah aku kekuatan agar aku dapat meneruskan hidup aku dengan senang seperti org lain..Sesungguhnya aku tau yg KAU xkan menguji hambamu lebih dari kemampuannya. Sesungguhnya aku akan cuba sedaya upaya untuk mengharungi hidup ini..

Dari dulu lagi aku sudah susah ya Allah to aku tau satu hari nanti aku akan senang. Kerana itu janji kau pada hampamu...

© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011

Adakah nasib aku akan berubah?

Hai, lama dah tak update blog ni.. apa khabar semua? sihat2 la hendaknya ye.. entry kali ni just nak luahkan pada semua pasal hati dan perasaan aku sekarang ni.. Aku nak cakap aku bahagia memang aku bahagia bila dia ada bersama dengan aku tapi dari satu sudut yg lain pulak aku rasa mcm tertanya2 bila la hidup aku nak berubah?? Kerja aku masih lg belum stabil. Kerja di Koperasi yg tidak langsung menjamin masa depan aku, bekerja pulak dengan manusia yg ........... lg menambahkan ketensionan aku.. dah banyak sangat kerja yg aku mintak tapi nape xde satu pun yg panggil aku g interview sekalipun. Apa hina sangat ke aku nak cari rezeki yg halal? nape aku tak layak ke bekerja? Kelulusan aku x cukup ke nak kerja? Pasal kerja satu, pasal nak beli kerja pun satu. susah betul nak beli kete kancil bodo pun.. apa yg susah sangat pun aku tak tau la..

Bila la agaknya nasib aku ni nk berubah?? bila la aku boleh dapat kete n kerja? bila? bila? Ada sapa2 yg mampu jawab soalan aku? xde bukan sebab aku sendiri pun dah x mampu nak jawab semua soalan tu. Apa yg aku mampu hanya menunggu dan hanya berserah selepas apa yg aku dah usahakn selama ini. Aku betul2 bernazar andai kata aku dapat beli kereta n dapat kerja yg aku nak aku akan balik kampung untuk buat kenduri bila aku dapat first gaji aku.. itu janji aku pada diri aku.

Aku harap korg yg kat luar tu x mengalami apa yg aku alami. aku berharap agar korg semua sentiasa akan diberkati dan dilimpahi dengan keberkatan dan kesenangan oleh ALLAH S.W.T. Semoga apa yg korg semua rancang untuk masa depan korg menjadi realiti dan kenyataan. Aku berharap kalo korg dpt doakan aku. Thanks aku ucapkan pada semua yg sudi untuk melawati blog yg sentiasa kurang ni. Ok la ye.. Bye2.. Assalammualaikum, Love U All...

© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!