TraderFM

Jumaat, Julai 15, 2011

Ujian untukku

Sekarang ni aku benar-benar dalam keadaan buntu dan serabut. Macam-macam hal yg terjadi pada aku. Aku tau aku banyak melakukan dosa tapi mengapakah aku terpaksa mengharungi kedaan yg sebegini? adakah akan ada hal yang baik akan menjelma selepas ini? adakah aku mampu mengharungi dugaan dan ujian ini?

Aku sedih walaupun aku sudah habis belajar tapi aku masih belum dapat kerja yang baik dan yang mampu menjamin masa depan aku dan juga adapat membantu ibu dan ayahku.. Apa yang aku harapkan akan ada sesuatu yang akan merubah kehidupan aku. Aku yakin dan pasti satu masa nanti aku akan berjaya.

Aku harap akan ada keajaiban yang terjadi dan terus merubah kehidupan aku nanti. Korang doakn aku ye.. Doakan aku supaya aku dapat mengharungi semua ini dengan cepat. Thanks pada mereka yang banyak menyokong dan membantu aku selama aku dalam kesusahan..


© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!