Baru je smlm aku postkan pasal keluhan aku pasal kerja dan hidup aku, hari ni aku diberitahu yg aku terpaksa digantung kerja disebabkan tiada offer letter. Memang aku rasa trus drop giler bila dengar pulak dari manusia yg aku semakin benci. Memang hina sangat ke aku ni sampai kerja dekat koperasi bodo pun aku x dapat..?? Ya ALLAH dugaan apa yg KAU cuba bagi pada aku ni?? Sampai begini sekali KAU uji aku?? Aku benar-benar rasa drop sangat sebabkn benda ni. Aku nak cari kerja lain pulak susah. Memang aku berterima kasih pada makwe n kwn rapat aku kat sni tapi apa yg boleh aku buat hanya lah mencari dan terus mencari sambil menunggu keajaiban berlaku..Kononnya..
Aku serius ckp yg aku dah rasa benci dengan hidup mcm ni.. serius, hidup mcm ni mmg terseksa. apa yg aku rancang semuanya x jadi dan makin bertambah teruk pulak. Apa yg terjadi pada hidup aku aku sendiri tak tau. Sekarang ni aku dah buntu dan terus buntu. Aku nak cari kerja mmg boleh tapi aku mmg perlukan kenderaan sekarang ni.. serius ckp aku mmang dalam keadaan tekanan skang ni..
Ya ALLAH, andai kata KAU nak menguji aku akan aku terimanya dengan tabah dan rela tapi berilah aku kekuatan agar aku dapat meneruskan hidup aku dengan senang seperti org lain..Sesungguhnya aku tau yg KAU xkan menguji hambamu lebih dari kemampuannya. Sesungguhnya aku akan cuba sedaya upaya untuk mengharungi hidup ini..
Dari dulu lagi aku sudah susah ya Allah to aku tau satu hari nanti aku akan senang. Kerana itu janji kau pada hampamu...
© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011