Ermm yang yang tak seronok untuk diceritakan pada sesiapa pun tapi hanya melalui blog ini saja aku dapat luahkan segalanya. Tak kisahlah org bace atau tidak..yang penting hanya keredaan dalam hati ku ini walaupun hanya seketika sahaja. Entah la kenapa aku rasa sangat2 sunyi dalam kehidupan ku saat ini. Aku memang ada makwe,ada kawan ada family tapi aku rasa sunyi macam dalam dunia ni xde sape-sape pun..yang ada hanyalah diri aku dan laptop aku ni saja.
Hati ini hanya aku yang memahaminya.. Jiwa ini hanya aku yang mengertinya.. Hidup ini hanya aku yang merasanya...Walau pedih atau duka hanya akulah yang merasanya..Pernah jua aku berfikir kenapa aku yang selalu merasai semua ini?? kenapa aku yang selalu hadapi dugaan ini?? dan jiwa ku berkata, "krul, tuhan ade perancangan untuk kau, tuhan dah sediakan sesuatu untuk kau selepas kau berjaya hadapi semua ini. Jadi kau teruskanlah kehidupan ini walau bukan untuk kau tapi hiduplah demi org lain".
Xde sape yang faham diri aku. Keluarga,kawan,mahupun kekasih hatiku sendiri kerna kadang-kadang aku sendiri tak memahami diri ku. Bagi aku biarlah aku tidak memahami diri ku sendiri sekalipun aku tak kisah kerana aku masih ada diriku sendiri untuk difahami jika aku keseorangan nanti.
Hidup ni memang penuh cabaran,,dan aku dan rasainya sendiri dan mungkin ada yang lebih susah dari aku dalam dunia ni. Jadi bg aku semua tu ditelan dan dibuang akhirnya. Begitulah hidup. ada pasang surutnya jua. Kadang kita gembira kadang kita bersedih kadang kita merana dan pasti suatu hari nanti akan bahagia. Kalau bukan didunia mungkin diakhirat yang kekal abadi nanti.
Post ini mungkin berbeda kerana ia adalah nukilan dari jauh disudut hati ku ini. Kadang-kadang kawan-kawan memang x akan kenal aku dengan lebih dalam kerana mereka hanya memahami dan menganali aku sebagai krul yang gila dan happy selalu. jarang sekali aku menunjukkan muka sedih atau duka ketika aku bersama mereka kerana bagi aku, aku hanya suka melihat orang ketawa dan aku juga ske buat org ketawa dan bukan la diriku untuk melihat mereka berduka. andai aku ada berjuta ringgit paa ku akan aku berikan dan kongsikan dengan mereka yang benar-benar memerlukan kerana mungkin ia akan memberi sinar dan senyuman pada mereka walaupun orang sering berkata wang bukan pemberi kebahagian. Mungkin benar, tapi pada aku andai ia boleh ukirkan semyuman pada manusia ia sudah cukup padaku kerana senyuman itu cukup bermakna buatku.
ermm..aku dah rasakan yang aku ni dah melalut. biarlah aku berhenti disini saja. semoga kita bersua lagi..bye..
© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2010