Ya Allah yang maha besar lagi maha pemurah, Kau lembutkan lah hati ibuku yang sedang marah sekarang ini dengan apa yang aku sedang hadapi ketika ini. Kau buatlah agar dia dapat memahami keadaan dan keputusan yang aku telah ambil ini. Aku tahu ape yang aku sedang lalui sekarang ini ada hikmah dan kebaikannya untuk aku dan keluarha ku di masa hadapan. Aku tekad ya Allah, aku tekad untuk mencapai cita-cita ku demi menjadi seorang yang berjunag demi hidupku sendiri. Sesungguhnya aku tidak mahu lagi menjadi Melayu yang sentiasa layu dibawah telunjuk Bangsa kafir. Biarlah aku hidup dan kaya dengan usaha dan kesungguhan aku sendiri dan aku senang dengan kebijaksanaan aku sendiri.
Semoga Mak dapat faham Wan. Wan tahu Wan dah kecewakan Mak tapi Wan terpaksa demi menjadikan kita lebih senang di masa hadapan Mak. Wan sayangkan family wan. Wan sayangkan mak,abah,adik2 wan dan wan nak balas budi baik mak abah menjaga wan dengan bagi kesenangan pada mak abah. Itu saja niat wan mak.. Kalau sekarang mak tak boleh faham wan, wan harap selepas ni mak akan faham kenapa wan buat semua ni..Maafkan wan Mak..Maafkan Wan...
© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2011