TraderFM

Khamis, Februari 03, 2011

Terima Kasih Sayang..

1 Februari 2011

Malam yang begitu dingin dan benar2 menguji hubungan aku dan dia. Malam ini kau luahkan segalanya pada aku. segalanya yang kau simpan dalam diri kau yang mana kau tak pernah nak luahkan pada aku selama ini. Banyak benda sebenarnya yang kau simpan dari aku. dan aku sedar aku bukanlah insan terbaik yang pernah muncul dalam hidup kau tapi sayang aku pada kau bukanlah palsu atau dibuat-buat. Kau dan luahkan semuanya..Ya memang benar apa yang kau katakan pada aku..Terima kasih sebab sedarkan aku selama ini yang kau tak pernah bahagia bersama aku. Aku sedar aku salah..Aku akan cuba buat kau sedar yang aku bukan main-main untuk dapatkan kau sayang. Aku serius untuk menjadikan kau teman hidup aku. Aku hanya harap agar kau boleh tunggu sehingga saat itu dimana aku boleh buktikan yang aku benar-benar ikhlas dan juga boleh kau harapkan nanti. Aku bukan insan yang lemah. Aku juga bukan insan yang tak boleh dibanggakan kerana aku pasti satu hari nanti kau akan berkata seperti mana yang kau hendak katakan itu..Kau target aku..dan jiwa kau adalah berjuangan aku.. Benar, aku dapat tubuh dan jasad kau tapi aku masih belum dapat jiwa dan perasaan sepenuhnya dari kau.

Aku hanya harapkan agar hubungan kita ini bukanlah sekadar cinta monyet dan suka-suka saja tetapi menjadi cinta sejati. Aku jua harap yang kau akan sentiasa berada disampingku sentiasa. Aku sayang kau sangat-sangat. Maafkan aku jika selama ini aku buat kau sengsara bila bersama dengan aku. Percayalah sayang tak pernah berdetik pun dihati ku untuk buat kau sedih atau sengsara bila bersama dengan aku. Insyallah aku akan berusaha untuk mendapatkan apa yang kau nak sebabnya aku hidup untuk orang lain bukan kerna diriku sendiri. Perasaan kau pada aku itulah yang bermakna buat aku dari segalanya. Terima kasih kerna buat aku sedar. Terima kasih sayang.I love You..

© Copyright KrulBroadcast Group Berhad | 2010
Related Posts with Thumbnails

Komen La Kalo Nak!!